Posts

HUKUM HAKAM TAWAF WADA'

HUKUM SELFIE SELEPAS TAWAF WADA' Soalan: Seorang yang sudah tawaf wada’ kemudian mengambil gambar atau ber selfie  dalam keadaan terlupa kemudian tersedar lantas ditutup  handphone nya. Adakah dikenakan dam? Jawapan: Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat. Dalam permasalahan ini, kami nyatakan dahulu makna tawaf wada’: Tawaf wada’ merupakan pekerjaan terakhir yang wajib dilakukan sebelum meninggalkan Mekah setelah selesai segala urusan-urusan haji dan umrah bagi pendapat muktamad mazhab syafie. Kami nyatakan pendapat ulama 4 mazhab berkenaan hukum melakukan tawaf wada’ dengan sebab musafir: Mazhab Maliki dan Syafie : Wajib melakukan tawaf wada’ jika ingin melakukan perjalanan musafir dari Mekah, walaupun ia penduduk Mekah sekiranya jarak tersebut boleh mengqasarkan solat. [1] Mazhab Hanafi dan Hanbali : Wajib melakukan tawaf wada’ sekiranya t

PADA HARI ARAFAH: PERJANJIAN MANUSIA DENGAN ALLAH!

Image
Perjanjian Manusia dan Rasul dengan Allah Sebelum Lahir ke Dunia Jauh sebelum dilahirkan ke dunia, manusia terikat perjanjian dengan Allah. Perjanjian tersebut adalah tentang keberimanan mereka kepada Allah. Para rasul pun juga tak lepas dari perjanjian kepada Allah. Seluruh rasul yang diturunkan Allah ke dunia, diutus untuk mengingatkan janji tersebut. Perjanjian manusia dengan Allah tersebut dirakam oleh Allah di dalam Al-Quran. Ayat-ayat yang mencatatkan janji tersebut terdapat dalam surah Al-A’raf ayat 172, dan Al-Hadid ayat 8. Sedangkan perjanjian yang diambil oleh para rasul terdapat dalam surah Al-Ahzab ayat 7. Janji manusia ketika keluar dari sulbi Adam Perjanjian manusia kepada Allah Taala dinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 172: وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِى ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا  أَن تَقُولُوا يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَٰفِلِينَ Ber

DOA HAJI NABI IBRAHIM A.S

Firman Allah Swt. yang menceritakan doa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail: رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (Al-Baqarah, 2:128) Bermaksud: "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk pa­tuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepa­da kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan teri­malah tobat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah: 128) Menurut Ibnu Jarir, keduanya bermaksud, "Jadikanlah kami orang yang tunduk kepada perintah-Mu dan patuh dalam ketaatan kepada­Mu. Dalam taat kami kepada-Mu, kami tidak akan mempersekutukan Engkau dengan seorang pun selain Engkau sendiri, dan tidak pula da­lam beribadah kepada-Mu mempersekutukan-Mu dengan seorang pun selain Engkau sendiri." Ibnu Abu Hatim mengatak

LIMA TAHAP UMUR MANUSIA!

LIMA TAHAP UMUR MANUSIA!  Dalam kitab Sabilul Iddikar,  Al-‘Allamah al-Imam as-Sayyid ‘Abdullah bin Alwi al-Haddad menjelaskan tentang lima tahap umur manusia. 1. Masa perpindahannya sejak pertama Allah Taala telah mengeluarkan keturunan ini dari punggung Nabi Adam  setelah Allah Taala menitipkannya di dalamnya ketika Allah Taala mengeluarkan mereka bersamaan untuk mengadakan perjanjian pengikraran akan keesaan dan ketuhanan. Peristiwa ini terjadi di lembah Nu’man Iaitu sebuah lembah dekat padang Arafah seperti yang Allah sebutkan dalam firmanNya : “ Dan (Ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab : “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan : “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” (Qs. Al-A’raaf : 172) Disebut

MALAIKAT PENJAGA TUJUH PINTU LANGIT TOLAK AMALAN SOLEH.

Sebuah hadis yg bersumber dari Al Ghazali, Minhajul Abidin, dan Bidayatul Hidayah. Ibnu Mubarak menceritakan bahwa Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “Mohon Tuan ceritakan hadits Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadits manakah menurut Tuan? Jawab Mu’adz, “Baiklah, akan kuceritakan.” Selanjutnya, sebelum bercerita, beliau pun menangis. Beliau berkata, “Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau.” Kata beliau selanjutnya, “Tatkala aku menghadap Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkendaraan unta itu. Selanjutnya beliau menengadah ke langit dan bersabda: "Puji syukur ke hadirat Allah Yang Berkehendak atas makhluk-Nya, ya Mu’adz!"  Jawabku, “Ya Sayyidi l-Mursalin” Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam kemudian berkata, "Sekarang aku akan mengisahkan sa

NASIHAT NABI S.A.W. KEPADA MUADZ BIN JABAL: AMALAN MASUK KE SYURGA...

Muadz bin Jabal berkata: كنتُ معَ النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ في سفَرٍ ، فأصبَحتُ يومًا قريبًا منهُ ونحنُ نَسيرُ “Dalam satu perjalanan pada wakti pagi, Aku bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam" فقلتُ : يا رسولَ اللَّهِ أخبرني بعمَلٍ يُدخِلُني الجنَّةَ ويباعِدُني من النَّارِ “Lalu aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, kabarkan kepadaku amalan yang membolehkan aku dimasukan ke syurga dan dijaubkan aku dari api neraka.'” قالَ : لقد سألتَني عَن عظيمٍ ، وإنَّهُ ليسيرٌ على من يسَّرَهُ اللَّهُ علَيهِ ، تعبدُ اللَّهَ ولا تشرِكْ بِهِ شيئًا ، وتُقيمُ الصَّلاةَ ، وتُؤتي الزَّكاةَ ، وتصومُ رمضانَ ، وتحجُّ البيتَ ، “Maka Nabi s.a.w. bersabda, ‘Sungguh kamu telah bertanya kepadaku tentang perkara yang besar. Dan sesungguhnya ia mudah atas orang-orang yang Allah berikan kemudahan kepadanya. Iaitu kamu hendaklah beribadah kepada Allah dan jangan sekutukan Allah sedikitpun juga. Dan kamu mendirikan shalat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan dan haji ke Baitullah.'” Kemudian Rasu

SEBUTAN DOA ‎KHATAM ‎AL-QURAN ‎نسينا

Soalan : Assalamu’alaikum S.S Mufti saya ada kekeliruan, benarkah dalam doa khatam Al-Quran itu, perkataan  Nasiina  ( نَسِينَا ) sepatutnya dibaca  Nussina  ( نُسِّينَا ) ? Atau tiada masalah untuk membaca mana-mana daripada salah satu perkataan tersebut ?   Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Sebagai mukadimah, kami nyatakan terlebih dahulu bacaan doa yang dimaksudkan tersebut: الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن Maksudnya:  Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia