07 May 2010

Hakim Syariah kritik ulama Saudi

RIYADH: Perbalahan mengenai isu pergaulan tanpa sekatan antara lelaki dengan wanita di Arab Saudi bertambah hangat semalam, apabila seorang hakim mahkamah Syariah mengkritik seorang ulama konservatif kerana menyelar puak reformis yang menentang dasar pengasingan jantina.
 
Hakim mahkamah jenayah Riyadh, Sheikh Issa al-Ghaith membidas ulama, Abdul Rahman al-Barrak kerana mengutuk sesiapa sahaja yang menyokong pemansuhan sekatan terhadap pergaulan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.

"Apakah ertinya mengeluarkan fatwa yang sukar dilaksanakan dan membuat kenyataan yang menyebabkan orang menjauhkan diri?

"Sesiapa yang tidak bersetuju dituduh hipokrit dan dicap sebagai munafik," kata Ghaith mengenai pendirian golongan konservatif.

Meskipun Ghaith tidak menyebut nama, adalah jelas beliau bercakap mengenai Barrak, antara ulama konservatif terkemuka di Saudi.

Barrak pada Februari lalu mengecap penentang dasar pengasingan jantina sebagai orang kafir yang patut dibunuh.

Kelmarin, Ghaith menyuarakan pandangan serupa sebagai jawapan langsung kepada sepucuk surat yang ditulis minggu lepas oleh Barrak yang menggambarkan pergaulan lelaki dan wanita bukan muhrim sebagai pemberontakan terhadap Tuhan.

Surat itu ditujukan kepada Ghaith, Menteri Kehakiman Mohammed al-Issa dan ketua polis agama Mekah, Sheikh Ahmed al-Ghamdi yang dipecat kerana menyokong pergaulan sedemikian tetapi dilantik semula pada akhir bulan lalu.

Barrak menyeru ketiga-tiga mereka supaya 'bertakwa kepada Allah dan tidak menjadi kunci kejahatan'.

Mengikut fahaman Wahabi di Saudi, wanita tidak dibenarkan keluar tanpa ditemani muhrim, lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh mengunjungi restoran bersama-sama, mereka diasingkan di pejabat dan wanita tidak dibenarkan memandu kenderaan.

Namun perbahasan itu tercetus tahun lepas, apabila Raja Abdullah merasmikan pembukaan sebuah universiti sains antarabangsa dekat bandar perdagangan Jeddah, di mana pensyarah dan pelajar bekerja dan belajar bersama-sama secara bebas. -AFP

Penyegat:...teringat pekerjaan saie yang merupakan kisah ulang alik antara bukit Safa dan Marwah oleh Siti Hajar yang dikemudian diajar oleh Jibrail a.s kepada nabi Ibrahim a.s.

04 May 2010

PROJEK JABAL OMAR TARIK PELABUR MALAYSIA

MAKKAH - Projek Jabal Omar bernilai SR18.4 bilion (RM10.24 bilion) di sini menawarkan banyak potensi bagi para pelabur Malaysia terutama sekali di dalam bidang hartanah.

Projek yang meliputi kawasan 22.8 hektar itu terletak berdekatan Masjidil Haram.

Penasihat kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Jabal Omar, Shuja Zaidi berkata, projek itu dilaksanakan mengikut permintaan pasaran iaitu daripada pasaran pertengahan rendah hingga pasaran paling mewah.

"Apabila siap kelak, ia dijangka menempatkan 45,000 penduduk dan 150,000 jemaah sepanjang tahun.

"Peningkatan jumlah bilik akan turut membolehkan penambahan bilangan ketibaan dari semua pasaran termasuk pasaran perantara yang kecil seperti Maghribi dan Sepanyol," katanya kepada Bernama selepas taklimat kepada delegasi Malaysia di sini baru-baru ini.

Penyengat:..masa terbaik mujahid ekonomi Islam Malaysia mencari kelebihan tanah haram.

LARANGAN PENJUALAN AIR ZAMZAM

JEDDAH: Pihak berkuasa bandar raya ini mengulangi kenyataan mengharamkan penjualan air zamzam.

Serentak dengan itu, ia meningkatkan pemeriksaan menerusi kempen bagi menghalang air itu daripada dijual di jalan raya dan kedai di sekitar bandar raya itu.

Meskipun diharamkan, air itu masih dijual secara terbuka, termasuk di stesen minyak di lebuh raya antara Makkah dan Jeddah dan Jeddah dan Taif,” kata Pengarah Pengawasan Perdagangan pejabat Datuk Bandar,Sulaiman Al-Muhaimeed. - Agensi

Penyegat:...air zamzam di Malaysia dijual mengambil kira kos pengangkutan udara dan darat di samping upah menguruskannya...

Search This Blog