Hakim Syariah kritik ulama Saudi

RIYADH: Perbalahan mengenai isu pergaulan tanpa sekatan antara lelaki dengan wanita di Arab Saudi bertambah hangat semalam, apabila seorang hakim mahkamah Syariah mengkritik seorang ulama konservatif kerana menyelar puak reformis yang menentang dasar pengasingan jantina.
 
Hakim mahkamah jenayah Riyadh, Sheikh Issa al-Ghaith membidas ulama, Abdul Rahman al-Barrak kerana mengutuk sesiapa sahaja yang menyokong pemansuhan sekatan terhadap pergaulan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.

"Apakah ertinya mengeluarkan fatwa yang sukar dilaksanakan dan membuat kenyataan yang menyebabkan orang menjauhkan diri?

"Sesiapa yang tidak bersetuju dituduh hipokrit dan dicap sebagai munafik," kata Ghaith mengenai pendirian golongan konservatif.

Meskipun Ghaith tidak menyebut nama, adalah jelas beliau bercakap mengenai Barrak, antara ulama konservatif terkemuka di Saudi.

Barrak pada Februari lalu mengecap penentang dasar pengasingan jantina sebagai orang kafir yang patut dibunuh.

Kelmarin, Ghaith menyuarakan pandangan serupa sebagai jawapan langsung kepada sepucuk surat yang ditulis minggu lepas oleh Barrak yang menggambarkan pergaulan lelaki dan wanita bukan muhrim sebagai pemberontakan terhadap Tuhan.

Surat itu ditujukan kepada Ghaith, Menteri Kehakiman Mohammed al-Issa dan ketua polis agama Mekah, Sheikh Ahmed al-Ghamdi yang dipecat kerana menyokong pergaulan sedemikian tetapi dilantik semula pada akhir bulan lalu.

Barrak menyeru ketiga-tiga mereka supaya 'bertakwa kepada Allah dan tidak menjadi kunci kejahatan'.

Mengikut fahaman Wahabi di Saudi, wanita tidak dibenarkan keluar tanpa ditemani muhrim, lelaki dan wanita yang bukan muhrim tidak boleh mengunjungi restoran bersama-sama, mereka diasingkan di pejabat dan wanita tidak dibenarkan memandu kenderaan.

Namun perbahasan itu tercetus tahun lepas, apabila Raja Abdullah merasmikan pembukaan sebuah universiti sains antarabangsa dekat bandar perdagangan Jeddah, di mana pensyarah dan pelajar bekerja dan belajar bersama-sama secara bebas. -AFP

Penyegat:...teringat pekerjaan saie yang merupakan kisah ulang alik antara bukit Safa dan Marwah oleh Siti Hajar yang dikemudian diajar oleh Jibrail a.s kepada nabi Ibrahim a.s.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE