6,000 PETUGAS SAMBUT TETAMU BULAN RAMADHAN

JEDDAH: Lebih 5,700 orang akan ditugaskan melayani jemaah umrah di Masjidil Haram sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Masjid, Nasser bin Muhammad Al-Khuzaim memberitahu Arab News semalam, di samping itu, lebih ramai ulama akan ditempatkan di masjid berkenaan untuk memberi nasihat agama dan menjawab soalan daripada jemaah.

“Majlis sudah meluluskan rancangan Ramadan yang akan bermula pada penghujung Syaaban dan berterusan hingga pertengahan Syawal. “Rancangan itu bertujuan menyediakan suasana tenang untuk jemaah melakukan ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, kata Nasser, sentuhan terakhir kini dilakukan pada projek perluasan Masjidil Haram. Menurutnya, tempat melakukan saie setinggi lima tingkat kini sudah bersedia untuk menerima jemaah.

Struktur itu termasuk tingkat bawah tanah dan bumbung. Katanya, penghadang kaca dipasang di sekitar Bukit Safa di tingkat bawah dan bawah tanah sementara beberapa kawasan bukit itu ditampal dengan filem lut sinar bagi menghalang orang ramai mencontengnya.

Selain itu, laluan tempat saie di tingkat bawah di luaskan lagi, begitu juga laluan untuk mereka yang kurang upaya, diluaskan dari dua meter menjadi empat meter bagi memudahkan pergerakan kerusi roda.

Nasser juga berkata, 110 air pancut diperbuat daripada marmar dan mengeluarkan air zamzam dibina di empat lokasi berbeza di masjid itu. Dalam pada itu, 72 rak kasut marmar bernombor juga sudah siap dibina, katanya. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE