PESAWAT KARGO TERHEMPAS PUTUS DUA

RIYADH: Sebuah pesawat kargo Lufthansa terbakar lalu putus dua ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa Riyadh, semalam.

Jurucakap syarikat penerbangan terbabit melaporkan juruterbang dan pembantu juruterbang warga Jerman pesawat berkenaan mengalami kecederaan. Pesawat kargo MD-11 dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan menyebabkan juruterbang berusia 39 tahun dan pembantu juruterbang, 29, terpaksa meninggalkan pesawat melalui gelongsor kecemasan. - AP

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE