REMAJA MENYAMAR JADI PUTERA RAJA

JEDDAH: Gara-gara menyamar putera raja, seorang remaja Saudi berusia 18 tahun diberkas polis di sebuah pusat beli-belah, semalam.

Remaja terbabit yang tiba di pusat beli-belah itu memberitahu pengawal keselamatan di situ supaya menghormatinya kerana dia adalah seorang putera raja berprofil tinggi di Jeddah.

Pengawal keselamatan yang curiga dengan penampilan remaja itu tanpa pengawal peribadi melaporkan hal itu kepada polis. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba di pusat beli-belah itu dan menahan remaja berkenaan.

Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku berpura-pura menyamar sebagai putera raja. Remaja itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Menurut undang-undang Arab Saudi, seseorang yang melakukan kesalahan menyamar sebagai anggota keluarga diraja akan dipenjara tiga tahun dan didenda SR50,000 (RM42,464).- Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE