Pekerjaan Haji

Pengertian Haji
"Mengunjungi Baitullah haram di Makkah dalam bulan-bulan haji dengan melakukan rukun-rukun dan wajib-wajibya dengan mematuhi segala syaratnya"


Dalil Haji
"....tunaikan haji dan umrah kerana Allah Taala" (al-Baqarah:196)


Keutamaan-keutamaan Haji
1. Perintah Allah dan Rasulullah s.a.w.
2. Dilakukan oleh rasul-rasul
3. Ganjaran pahala yang besar bila melakukannya
4. Ancaman dosa dan seksaan bagi mereka yang sengaja tidak mengerjakannya.


Syarat-syarat Wajib Haji
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Selamat perjalanan
6. Berkemampuan


Syarat-syarat Sah Haji
1. Islam
2. Mumaiyyiz
3. Dalam miqat zamani
4. Melaksanakan rukun-rukun haji


Rukun-rukun Haji
1. Niat
2. Wuquf
3. Tawaf
4. Saie
5. Bercukur dan bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun


Wajib-wajib Haji
1. Berniat di miqat
2. Mematuhi 13 pantang larangan ihram
3. Bermabit di Muzdalifah
4. Melontar jamaratul kubra
5. Bermabit di Mina
6. Melontar ketiga jamrah pada hari-hari tasyriq 11,12 & 13 Zulhijjah

Popular posts from this blog

Sejarah kaabah dan sekitarnya

HARI NAHAR DAN HARI QARR

TAFSIR IBNU KATHIR BERKAITAN AYAT DALIL SAIE